Tuesday, August 28, 2007

Berpijak di bumi yang nyata!

Salam.
Sesungguhnya, ramai orang yang sanggup meletakkan kebenaran dan kepentingan Islam itu sendiri ke tepi kerana 'dunia'. Ramai yang sanggup menutup mata, memekakkan telinga dan membisukan suara melihat kemungkaran didepan mata kerana pangkat! Ramai yang mengaku taat pada Islam, 'Saya beriman'.....tapi sanggup bertindak di luar batas agama dan peri kemanusiaan kerana pangkat!

Pelajar Universiti selalunya adalah golongan yang cepat sedar dengan peredaran dunia sekeliling mereka, dan sangat peka dengan persekitaran. Di Universiti, ramai pelajar yang merelakan diri menjadi aktivis2 yang berbagai 'bidang' .....sanggup turun padang dalam situasi yang pelbagai.

What happened when they go out to the real world? Ramai yang kecundang di tengah jalan...sebab?
1) Bangun pagi bergegas ke tempat kerja
2) Waktu kerja sangat padat
3) Lepas kerja, terus balik rumah, tak sabar nak jumpa anak dan isteri/suami
4) Malam, rehat di rumah selepas penat kerja sepanjang hari...tengok TV etc..etc...
5) Tidur nyenyak

Bila masa nak berjuang? tak ada...sebab kalau nak keluar malam ada masalah:
1) Isteri berleter....keluar malam tak ada faedah, lebih baik duduk rumah dengan anak isteri.
2) Diri sendiri...malas. Buat apa nak penat2 buat kerja lain, aku dah penat kerja satu hari. Tengok isteri dan anak2 lebih baik dari berjuang. lagipun bukan ke ada orang lain yang buat kerja2 perjuangan islam ni?
3) takut hilang kerja....??? (siapa yang bagi rezeki ni?)

Finally....it becomes routine. Kerja > balik > Tidur > kerja...............sampai bila?
Ramai yang dulu2 masa pelajar universiti 'hebat' dan 'berkarisma' tapi bila dah kerja dan berumahtangga....kecundang tengah jalan. Yang lelaki, tak sanggup nak teruskan kerana lebih sayangkan anak isteri dari? entah....

Ingatlah, perjuangan untuk Islam tak akan mati sampai bila2. Bagi muslimin sejati, ingatlah bahawa anak dan isteri adalah harta dunia yang merupakan dugaan untuk melihat siapa yang betul2 ikhlas dalam perjuangan. Buat muslimat, ingat jangan jadi penghalang kepada perjuangan suami, ikhlas dan redha...InsyaAllah pahala yang dapat adalah sama dengan orang2 yang turun berperang ke jalan Allah. InsyaAllah.....

1 comment:

Asiyah said...

assalamualaikum

waa..x sangka mdm ade blog rupanya! bagus, bagus.. teruskan perjuangan, siiru 'ala barokatillah. saya nk add mdm punye blog ye..utk dijadikan rujukan & panduan. time kasih!