Sunday, November 16, 2008

School holidays...start again.

time is precious...tak de masa nak tulis blog...I have to be 'multitasking'.....tapi tangan dua jerr...kaki pun dah guna, but still tak cukup...

first day school holiday, my two kids, melalui saat-saat penting dalam hidup mereka....berkhatan. I started telling them, they will be a grown ups sooner....hopefully not so soon. As a mother, kalau boleh tak nak anak-anak cepat sangat membesar....bila dah besar, a lot of things will change, but i hope not so obvious..
I love my kids very much, always want them to be around me, not able to be separated even for minutes...can't imagine, if they have to leave me one day....but i know the time will come sooner or later.

masa khatan, adik masuk dulu...he was calm at first, but being so smart as usual, kept asking the Dr this and that, what the Dr intended to do...bla...bla...until marcain+xylocaine worked...he still kept talking....dah sudah ke belum....why I can't feel anything? sengaja tutup sikit depan muka dia dgn kain. or else Dr akan sedikit terganggu dengan soalan panas dia....

After him, the elder brother. this one...anak mak...belum apa-apa, dah start nak menangis...told him, tak sakit pun, your brother just now, rileks je..keluar bilik Dr dengan bergaya....
But as usual...dia akan bersedih-sedihan especially when I was around...nak tak nak, I have to hug him until everything finished....fuhh...leganya...

first part...dah habis. second part....nak menjaga...as usual, senang menjaga adik dari abang...but that's life....lain anak lain perangai...tapi semuanya anak-anak saya yang perlukan perhatian dan kasih sayang mengikut cara mereka tersendiri. worst part, the third child...she's a girl...realizing that I spent more time with the brothers (and sort of extra pamper and care)... asyik merajuk jerr....nak itu and ini, tak munasabah pulak tu....what to do? I am so tired....

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum...lama betul dah tak masuk blog. Dah 2-3 bulan sibuk kehulu kehilir mencari 'subjects'...at last, dapat rehat di bulan Ramadhan yang mulia ini...
program dengan Petronas last 2 months ..memberi banyak pengalaman pahit dan manis. tapi yang penting, penglibatan dengan orang-orang dunia korporat ni memberi banyak pengalaman dan mengajar saya lebih yakin dengan diri, terutama cara untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah mereka......
Ramadhan tahun ini sangat bermakna buat saya. Kali pertama setelah beberapa tahun tak dapat berpuasa dengan suami sepenuhnya...tahun ini suami ada di sisi kami...lebih-lebih lagi, sekarang kami dah berpindah duduk dekat dengan masjid, lebih kurang 100 mtr sahaja...seronok betul. especially anak2 , for the first time dalam hidup mereka, dapat pergi terawih kat masjid...seronok tak terkira. Saya juga rasa lebih tenang Ramadhan tahun ini, mungkin kerana sebelum puasa datang, saya dah siapkan apa yang perlu, so that boleh lebih fokus tahun ini....
Yang paling seronok, sebulan sebelum ramadhan, saya dapat berhubung balik dengan secara tak sengaja dengan seorang sahabat lama, yang memang dah lama saya cari-cari selama 10 tahun...rindu yang terpendam terubat akhirnya. Walaupun dia tak menetap di Malaysia, saya puas hati dapat berhubung melalui email...dapat berkongsi cerita dan idea.......sesungguhnya sukar untuk mencari sahabat sejati, yang sanggup berada disisi kita ketika senang atau susah.
Di bulan ramadhan ini juga, mengingatkan saya kepada zaman persekolahan dulu....puasa di hostel...seronok betul..biasala di sekolah, segala teratur, dari pagi sampai malam...lepas sekolah pagi, rehat sekejap, lepas tu tadarus, terus solat Asar..lepas tu terus ke prep class sampai dekat waktu berbuka. malam, solat maghrib ramai2 terus dengan Isyak dan terawih....bulan puasa biasanya memang sangat seronok, tak de masa nak buang masa.. sekarang bila dah bekerja, terasa sukar yang amat untuk mendapat peluang sebegitu....terasa rindu zaman pengajian dulu...

Tuesday, April 29, 2008

Sayangi diri untuk menyayangi orang lain

'Untuk menyayangi orang lain, kita perlu untuk menyayangi diri sendiri dulu'....Saya selalu cuba untuk memahami maksud disebalik kata-kata itu. Adakah itu bermakna kita mesti berkorban atau menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan orang-orang yang kita sayang? Mungkin...
Tidak mudah untuk menjadi seorang wanita di zaman moden ini. Kitalah wanita, isteri, ibu, pekerja etc..etc..sekurang-kurang empat jawatan tetap tadi tu, mesti ada la. Dari pengalaman diri sendiri, terkini mempunyai lima jawatan : wanita, isteri, ibu, pekerja, pelajar....fuh! Saya rasa agak penat. Sometimes saya tak ada masa untuk diri sendiri. Kadang-kadang, bila dapat luangkan sedikit masa untuk buat perkara-perkara yang saya suka, Saya rasa amat menghargai waktu-waktu itu....
Dalam keadaan sekarang yang berjauhan dengan suami, dan saya menjaga tiga orang anak yang masih tidak boleh menguruskan diri sendiri sepenuhnya...terasa beratnya cabaran yang ditanggung. Saya berharap saya dapat meneruskan perjuangan ini, demi untuk keluarga dan anak-anak yang masih jauh perjalanan mereka. Sebelum berpindah ke Kuantan, suami insist nak jaga anak-anak supaya saya dapat menumpukan sepenuh perhatian pada study. Tapi, bila saya berpindah ke sini tanpa anak-anak, saya cuma boleh bertahan selama sebulan sahaja. Hati saya sentiasa rindukan anak-anak, dan saya langsung tidak boleh concentrate dalam kerja-kerja saya. Finally, saya bawa kesemua anak-anak tinggal dengan saya, dan hati saya rasa tenang. Walau saya terasa kehidupan seharian amat memenatkan, tapi saya puas hati anak-anak menjalani kehidupan seharian bersama saya...mungkin ini adalah naluri seorang ibu, seorang ibu sanggup buat apa saja untuk anak-anak....oleh kerana saya amat menyayangi mereka, saya akan pastikan saya sentiasa menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi meneruskan tugas sebagai ibu, isteri, pekerja, pelajar...dan wanita .
Sebagai seorang isteri, walau saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya seperti dulu, dari jauh saya tetap akan menjadi pemberi semangat kepada suami dalam meneruskan perjuangan.Semasa saya bersetuju untuk menerima suami sebagai teman hidup, saya sedar siapa dirinya. Saya sedar saya akan menjadi isteri seorang pejuang Islam sejati, dan saya sedar suami saya tidak akan ada banyak masa untuk bersantai-santai dirumah bersama saya (dan anak-anak), tapi saya redha....Janji Allah itu benar... sesungguhnya menjadi isteri seorang pejuang itu tidak semudah disangka. Banyak pengorbanan yang kena dilakukan.

Monday, April 28, 2008

Paip Pecah?

Salaam.....

Rasa macam dah lama betul tak masuk blog. Miss pulak rasanya. Busy memanjang...or may be saja buat2 busy....I don't know ....
Sekarang cuti semester, students cuti, so we have more time for ourselves. anything yang pending before, sekarang boleh proceed. tapi still tak cukup masa, entah bila nak cukup masa.
I have found new interest lately, feel like doing something on GIS in Public health. Tapi GIS need time to learn. Mengingatkan bab2 ni, I remember a friend yang jadi lecturer GIS kat USM. rasanya kena pergi berguru dengan dia dulu.
Hari ni, paip kat rumah pulak pecah...time macam ni, husband tak de kat rumah, rasa pressure yang amat. nak kena panggil plumber la...etc..etc...boring nya. kalau le dulu belajar bab2 pasang paip ni...senang le sikit. That's why rasanya, kena ada certain skills yang tak belajar kat universiti tetapi diperlukan dalam kehidupan seharian.....contoh? banyak tak terkira, sendiri mau tau apa nak belajar...

Thursday, February 28, 2008

8 days to go!

salam.
8 more days to the election day....my feeling, ups and down, left and right..finally just cannot describe my own feeling.heh...
Tak sabar rasanya nak pergi mengundi. Hopefully this time, people know who can be their leaders, and choose the right person....be strong, there's no harm. Allah bersama orang2 yang benar. Percaya setiap yang berlaku adalah di bawah ketentuanNya.
1 undi mungkin boleh merubah segala...so, balik mengundi la, tunggu apa lagi! Kalau ada yang menipu, ingatlah Allah tu Maha Melihat, satu masa akan sampai ketikanya Allah beri balasan setimpal. jangan sedih wahai pejuang Islam !

Tuesday, August 28, 2007

Berpijak di bumi yang nyata!

Salam.
Sesungguhnya, ramai orang yang sanggup meletakkan kebenaran dan kepentingan Islam itu sendiri ke tepi kerana 'dunia'. Ramai yang sanggup menutup mata, memekakkan telinga dan membisukan suara melihat kemungkaran didepan mata kerana pangkat! Ramai yang mengaku taat pada Islam, 'Saya beriman'.....tapi sanggup bertindak di luar batas agama dan peri kemanusiaan kerana pangkat!

Pelajar Universiti selalunya adalah golongan yang cepat sedar dengan peredaran dunia sekeliling mereka, dan sangat peka dengan persekitaran. Di Universiti, ramai pelajar yang merelakan diri menjadi aktivis2 yang berbagai 'bidang' .....sanggup turun padang dalam situasi yang pelbagai.

What happened when they go out to the real world? Ramai yang kecundang di tengah jalan...sebab?
1) Bangun pagi bergegas ke tempat kerja
2) Waktu kerja sangat padat
3) Lepas kerja, terus balik rumah, tak sabar nak jumpa anak dan isteri/suami
4) Malam, rehat di rumah selepas penat kerja sepanjang hari...tengok TV etc..etc...
5) Tidur nyenyak

Bila masa nak berjuang? tak ada...sebab kalau nak keluar malam ada masalah:
1) Isteri berleter....keluar malam tak ada faedah, lebih baik duduk rumah dengan anak isteri.
2) Diri sendiri...malas. Buat apa nak penat2 buat kerja lain, aku dah penat kerja satu hari. Tengok isteri dan anak2 lebih baik dari berjuang. lagipun bukan ke ada orang lain yang buat kerja2 perjuangan islam ni?
3) takut hilang kerja....??? (siapa yang bagi rezeki ni?)

Finally....it becomes routine. Kerja > balik > Tidur > kerja...............sampai bila?
Ramai yang dulu2 masa pelajar universiti 'hebat' dan 'berkarisma' tapi bila dah kerja dan berumahtangga....kecundang tengah jalan. Yang lelaki, tak sanggup nak teruskan kerana lebih sayangkan anak isteri dari? entah....

Ingatlah, perjuangan untuk Islam tak akan mati sampai bila2. Bagi muslimin sejati, ingatlah bahawa anak dan isteri adalah harta dunia yang merupakan dugaan untuk melihat siapa yang betul2 ikhlas dalam perjuangan. Buat muslimat, ingat jangan jadi penghalang kepada perjuangan suami, ikhlas dan redha...InsyaAllah pahala yang dapat adalah sama dengan orang2 yang turun berperang ke jalan Allah. InsyaAllah.....

Monday, August 27, 2007

Ramadhan is coming

Assalamualaikum w.b.t.
It's been quite sometimes since I have the chance to write. I have been very busy with the students and my own research project. Life is quite hactic, but I am enjoying myself.
Ramadhan this year, it is almost time. I am looking forward for this year's 'barakah' month. Hopefully this year, i will be able to 'fully enjoy' the month, and will be able to do things that were not fulfilled last ramadhan. Hopefully also this year those two boys at home will be able to fast....slow and steady learning process....

Ramadhan, bila mula sahaja....most housewives sibuk dengan: 1) baju baru 2) langsir baru 3) kuih raya etc...etc...Don't know why? kenapa la tak sibuk dengan nak habiskan Al-quran, solat tarawikh, solat sunat malam...etc...etc... macam satu trend. I wonder why some people sanggup berhabis duit beli semua baru ( even kereta pun ada yang tukar time dekat2 raya)...tak sayang ke duit membazir saja-saja. I think since I got married to my husband 10 years ago, berapa kali tukar langsir ye? itupun sebab pindah rumah and langsir tu memang tak fit untuk rumah baru. if not mistaken, we only have change the langsir for 3 times, sebab rumah baru, tingkap nya would be different. Biasanya, langsir basuh, and pasang balik. kalau nak tukar pun, at least tunggu la 2-3 tahun (I think), because nak tukar every year....membazir namanya tu....kalau nak cerita banyak betul orang2 kita membazir...even pembaziran masa untuk perkara sia2.

One more thing....kaki tidur. Kalau bulan tak puasa pun kuat tidur (siang n malam) ini kalau bulan puasa...memang tidur laaa..memang ada orang kata, lebih baik tidur dari buat 'ketupat'...tapi kan ke lebih baik buat ibadat (yang termampu)...dari tidur! it's up to us anyway, masing2 dah akil baligh!

I still remember my first fasting month with my husband, ala kadar je. Since we got married when we were still undergrad students in USM, so memang kena berjimat banyak...still remember that year we do not even have one baju raya pun...tak mampu nak beli. Tapi semua tu tak penting, sebab keberkatan Ramadhan dan syawal tu dah cukup menggembirakan. Tapi sampai sekarang, still we do not waste our money on 'over' preparation, anak2 tak diajar hidup terlalu bermewah..semuanya kena sederhana saja. Alhamdulillah, berkat ajaran, anak2 pandai berjimat and tak pandai meminta2...apa yang kami beri, itu yang mereka terima.

I came from a poor family. Dari sekolah rendah sampai ke University, belajar atas biasiswa yang diberi. Masa kat University, i still have to work part time (mengajar tuition dari rumah ke rumah) untuk tampung pengajian...masa sekolah menengah, Still remember, tak pernah beli makan di kantin sebab takut duit tak cukup. makan di hostel saja....itupun sebab duit scholarship bayar. I don't want my kids to have the life as I had been through...

Bila Ramadhan datang, the memories will always remind me to spend money appropriately, jangan membazir...bukan senang nak cari rezeki. Yang penting...Ramadhan, kita sambut dengan hati yang gembira...dan kita tangisi bila ia dah pergi....takut2 ini Ramadhan terakhir buat kita.........Semoga Allah memanjangkan umur kita supaya kita dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan tahun depan....supaya kita dapat mencari lagi keberkatan yang tersirat....
wallahualam........Selamat berpuasa dengan penuh keinsafan dan carilah sebanyak mana keberkatan yang boleh diperolehi untuk bekal ke 'sana'..