Tuesday, August 28, 2007

Berpijak di bumi yang nyata!

Salam.
Sesungguhnya, ramai orang yang sanggup meletakkan kebenaran dan kepentingan Islam itu sendiri ke tepi kerana 'dunia'. Ramai yang sanggup menutup mata, memekakkan telinga dan membisukan suara melihat kemungkaran didepan mata kerana pangkat! Ramai yang mengaku taat pada Islam, 'Saya beriman'.....tapi sanggup bertindak di luar batas agama dan peri kemanusiaan kerana pangkat!

Pelajar Universiti selalunya adalah golongan yang cepat sedar dengan peredaran dunia sekeliling mereka, dan sangat peka dengan persekitaran. Di Universiti, ramai pelajar yang merelakan diri menjadi aktivis2 yang berbagai 'bidang' .....sanggup turun padang dalam situasi yang pelbagai.

What happened when they go out to the real world? Ramai yang kecundang di tengah jalan...sebab?
1) Bangun pagi bergegas ke tempat kerja
2) Waktu kerja sangat padat
3) Lepas kerja, terus balik rumah, tak sabar nak jumpa anak dan isteri/suami
4) Malam, rehat di rumah selepas penat kerja sepanjang hari...tengok TV etc..etc...
5) Tidur nyenyak

Bila masa nak berjuang? tak ada...sebab kalau nak keluar malam ada masalah:
1) Isteri berleter....keluar malam tak ada faedah, lebih baik duduk rumah dengan anak isteri.
2) Diri sendiri...malas. Buat apa nak penat2 buat kerja lain, aku dah penat kerja satu hari. Tengok isteri dan anak2 lebih baik dari berjuang. lagipun bukan ke ada orang lain yang buat kerja2 perjuangan islam ni?
3) takut hilang kerja....??? (siapa yang bagi rezeki ni?)

Finally....it becomes routine. Kerja > balik > Tidur > kerja...............sampai bila?
Ramai yang dulu2 masa pelajar universiti 'hebat' dan 'berkarisma' tapi bila dah kerja dan berumahtangga....kecundang tengah jalan. Yang lelaki, tak sanggup nak teruskan kerana lebih sayangkan anak isteri dari? entah....

Ingatlah, perjuangan untuk Islam tak akan mati sampai bila2. Bagi muslimin sejati, ingatlah bahawa anak dan isteri adalah harta dunia yang merupakan dugaan untuk melihat siapa yang betul2 ikhlas dalam perjuangan. Buat muslimat, ingat jangan jadi penghalang kepada perjuangan suami, ikhlas dan redha...InsyaAllah pahala yang dapat adalah sama dengan orang2 yang turun berperang ke jalan Allah. InsyaAllah.....

Monday, August 27, 2007

Ramadhan is coming

Assalamualaikum w.b.t.
It's been quite sometimes since I have the chance to write. I have been very busy with the students and my own research project. Life is quite hactic, but I am enjoying myself.
Ramadhan this year, it is almost time. I am looking forward for this year's 'barakah' month. Hopefully this year, i will be able to 'fully enjoy' the month, and will be able to do things that were not fulfilled last ramadhan. Hopefully also this year those two boys at home will be able to fast....slow and steady learning process....

Ramadhan, bila mula sahaja....most housewives sibuk dengan: 1) baju baru 2) langsir baru 3) kuih raya etc...etc...Don't know why? kenapa la tak sibuk dengan nak habiskan Al-quran, solat tarawikh, solat sunat malam...etc...etc... macam satu trend. I wonder why some people sanggup berhabis duit beli semua baru ( even kereta pun ada yang tukar time dekat2 raya)...tak sayang ke duit membazir saja-saja. I think since I got married to my husband 10 years ago, berapa kali tukar langsir ye? itupun sebab pindah rumah and langsir tu memang tak fit untuk rumah baru. if not mistaken, we only have change the langsir for 3 times, sebab rumah baru, tingkap nya would be different. Biasanya, langsir basuh, and pasang balik. kalau nak tukar pun, at least tunggu la 2-3 tahun (I think), because nak tukar every year....membazir namanya tu....kalau nak cerita banyak betul orang2 kita membazir...even pembaziran masa untuk perkara sia2.

One more thing....kaki tidur. Kalau bulan tak puasa pun kuat tidur (siang n malam) ini kalau bulan puasa...memang tidur laaa..memang ada orang kata, lebih baik tidur dari buat 'ketupat'...tapi kan ke lebih baik buat ibadat (yang termampu)...dari tidur! it's up to us anyway, masing2 dah akil baligh!

I still remember my first fasting month with my husband, ala kadar je. Since we got married when we were still undergrad students in USM, so memang kena berjimat banyak...still remember that year we do not even have one baju raya pun...tak mampu nak beli. Tapi semua tu tak penting, sebab keberkatan Ramadhan dan syawal tu dah cukup menggembirakan. Tapi sampai sekarang, still we do not waste our money on 'over' preparation, anak2 tak diajar hidup terlalu bermewah..semuanya kena sederhana saja. Alhamdulillah, berkat ajaran, anak2 pandai berjimat and tak pandai meminta2...apa yang kami beri, itu yang mereka terima.

I came from a poor family. Dari sekolah rendah sampai ke University, belajar atas biasiswa yang diberi. Masa kat University, i still have to work part time (mengajar tuition dari rumah ke rumah) untuk tampung pengajian...masa sekolah menengah, Still remember, tak pernah beli makan di kantin sebab takut duit tak cukup. makan di hostel saja....itupun sebab duit scholarship bayar. I don't want my kids to have the life as I had been through...

Bila Ramadhan datang, the memories will always remind me to spend money appropriately, jangan membazir...bukan senang nak cari rezeki. Yang penting...Ramadhan, kita sambut dengan hati yang gembira...dan kita tangisi bila ia dah pergi....takut2 ini Ramadhan terakhir buat kita.........Semoga Allah memanjangkan umur kita supaya kita dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan tahun depan....supaya kita dapat mencari lagi keberkatan yang tersirat....
wallahualam........Selamat berpuasa dengan penuh keinsafan dan carilah sebanyak mana keberkatan yang boleh diperolehi untuk bekal ke 'sana'..

Friday, June 29, 2007

TIME IS GOLD!

Assalamualaikum w.b.t,
It's been quite sometime since I last wrote in this blog. These last few days/weeks, have been really hactic and I do not have time even for my self! Pity the kids, but I have tried my very best to spend some time with them and I hope I have done the best....Only a few more days to go and after that I think the situation will be a little bit different...I really hope things will get better than these last few days.
When I decided to pursue my studies, I have think about it over and over again. Do I really have to take and made changes in our life?But, I am not doing this just to fulfill my dreams, but I am doing this for our future - me, my husband and the kids. When the offer arrived, together with the scholarship offer, my husband asked me to take it....I was reluctant at that particular time. I was thinking about my family...but my husband kept encouraging me to accept it.
Why???
Somebody should be working in a university...either me or my husband. He decided ME! This is for the kids...for their future. It is not easy to get a place in a university lately....future? could be worst. At least....when one of us is 'inside' the IPTA, may be our kids could have more chances...I don't know....I just hope....................
whatever it is, our family....will always be the priority in my life....how hard it is..I will do anything for the sake of our family.

Saturday, June 16, 2007

NEW LIFE

Assalamualaikum, It's been quite sometime I haven't written anything. I have been in IIUM, Kuantan for 14 days. Feeling? I do not know. Sometimes happy, sometimes boring.....depends on the situation. a lot of changes, for sure. I miss my friends back in Ipoh ....but new friends also not bad, it is just here in IIUM, we have to be on our own, no time for 'chit-chatting' except for a few minutes / day. Anyway, that's good .....because less 'doing ketupat'. heh..heh...
My hactic life as a postgrad student has just started....me ; as a women, wife, mother (for 3 kids), employee and student........At this age? I am ex-SSPian, the most important thing I learned back in SSPKL (last few years)....No retreat, No surrender!

Saturday, May 26, 2007

THE MALAYS SCENARIO

Basically, if we thought of Malays, means Islam is the religion - the way of life. Sometimes, for others (non-muslims) in Malaysia, choosing Islam as their religion also meaning that converted themselves to Malays....Maka, dalam mengikut arus rentak dan ragam masyarakat Melayu-Islam, didapati ada banyak hal yang perlu direnung bersama. Lately, banyak isu membabitkan anak2 muda timbul; masalah sosial yang amat kritikal, masalah ekonomi bersabit dengan pengangguran, masalah keciciran dalam pendidikan etc..etc...

What had happened to our community? What'd happened to our latest generation? Paling sedih apabila tanggapan tentang melayu-Islam lemah, mundur, jumud, tak boleh dipercayai etc..etc...sering kedengaran. Perkara ini mesti dicantas segera. Masalahnya- masyarakat hanya memejamkan mata melihat kemungkaran didepan mata. Kononnya 'Jaga tepi kain sendiri'...well actually lebih kepada bersikap SELLFISH! ada waktunya pula masyarakat sudah lali dan biasa dengan kemungkaran. Masyarakat menjadi sudah biasa dan merasakan tidak apa-apa membuat mungkar yang 'sedikit' (pada pandangan individu tertentu). sesunggguhnya, tidak dinafikan bahawa sukarnya melalui ranjau untuk menegakkan ma'ruf dan menumbangkan mungkar. Adakala rasa tidak termampu kerana tiada kekuatan jitu, tapi as a muslim, kita kena berjuang untuk melawan ranjau tersebut.

Sesungguhhya, banyak risiko perlu dihadapi bila berdepan dengan masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya. Segala kemungkaran yang menimpa masyarakat tidak mampu dibendung. Segala kekeruhan yang menimpa ahli keluarga dan sahabat handai sendiri juga tak mampu nak dihalang. Kadang2, kuasa untuk mencegah dan menegah pun tidak berani ditegakkan. lebih2 lagi jika wujud sejalur sifat takut, atau segan dalam diri.

Memang jalan untuk menjadi da'i amat sukar. Segala kemuliaan, kebaikan, kemurniaan perlu dicari dengan sabar dan tabah serta cekal dan waja. Tapi demi ma'ruf, ayuh JANGAN putus asa!!!

Thursday, May 24, 2007

WHY IS IT LIKE THAT?

Salaam.
Today, I really got headache. My migraine is attacking me again. Last night, I just could not sleep well. I was thinking about a lot of things.....Things really bothering me since yesterday.
Yesterday, we had a big ceremony; The opening ceremony of our university campus by The Sultan . It was a big event though, everybody were so busy and most of them were so eager to meet the sultan. Anyway there were things really confusing........

I have my own principles in life. Sebagai seorang muslim, hidup kita mesti tetap berpegang teguh pada hukum Allah walau dalam apa jua keadaan. Jangan sesekali meletakkan kepentingan kehidupan semasa dan keseronokan dunia semata-mata melebihi apa yang telah termaktub dalam Al-Quran. Ya Allah...ampunilah hambaMu ini, sesungguhnya aku tidak mampu berkata-kata melihat ketidakbenaran di depan mataku. Sesungguhnya hati terlalu sedih kerana tidak mampu menegur melihat................

Amal Maaruf, Nahi Mungkar - di mana? ada orang yang kononnya faham Islam, tapi sanggup mengetepikan kefahaman hukum Allah kerana malu alah dan kononnya 'saya tak boleh mengelak laaa'. Actually, we can say NO if we want, it is just a matter of 'WANT or DON'T WANT'.....semuanya bergantung pada diri sendiri. Macamana nak membimbing orang lain kalau diri sendiri pun tak boleh nak bimbing? Tak payah susah-susah ikut jamaah kalau tak berani nak membuat Nahi Mungkar, even pada diri sendiri!!

Why do some muslims considered certain conditions as 'darurat' where as it is actually not? Kenapa nak memudahkan hukum Allah untuk dunia yang tidak kekal ini? Saya tau, people might as well say, Elehh...awak pun bukannya baik sangat. I realized that. I knew it, for certaint. But, if we are able to prevent ourselves from doing things against Islam, we MUST do it!
Ya Allah, bantulah hamba-hambaMU yang berjuang untuk menegakkan hukum Allah di bumi Mu ini, Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa mereka .......

Sunday, May 13, 2007

FIRST TIME

Salam. This is my first time writing in a blog. Never try any before. But I was thinking lately may be I should have a space 'somewhere' where I can write something useful to share with others (stories, experience, feeling etc.). I am always interested with the surroundings around me, especially concerning political and social matters.
Suasana di Malaysia lately, a bit worrying me. Saya memikirkan keadaan yang akan berlaku pada beberapa tahun akan datang. Saya ada 3 orang anak yang sedang membesar (9,7 and 4 years old). Looking at the situation recently, I think I really have to put extra effort to guide them what is right, and what is wrong. Mendidik anak-anak zaman mencabar ini tak semudah semasa zaman ibubapa mendidik kita dulu. I remember last time my parents did not facing a lot of problem handling me. Tinggal di perkampungan FELDA, sekolah pun di sekolah FELDA (sapa kata anak FELDA tak boleh berjaya? I strongly reject this idea). But still I was one of the best students in the state. Semasa cuti, masa saya banyak di habiskan bermain dengan kawan-kawan di ladang kelapa sawit yang menghijau, main di paya, keluar pagi balik petang. Balik petang dah tak nampak rupa (comot!!). My mom I remember would wait for me in front of our small house and zapp!! saya akan kena 'libas' sekali sebab keluar rumah the whole day. But I would never stop doing the same thing everytime cuti.
But I was thinking, at that particular time, parents usually did not have the same worries as what we parents nowadays have. Dulu-dulu, keluar bermain di luar tak ada kes culik, kena bawak lari etc...etc.. but nowadays I myself , nak bagi anak-anak main even in our own compartment without me together with them, NEVER! As a result, my kids menghabiskan masa dengan indoor games, and I felt very guilty because they do not have the chances to do outdoor activities as what I have when I was a kid. Pity my kids.....