Tuesday, April 29, 2008

Sayangi diri untuk menyayangi orang lain

'Untuk menyayangi orang lain, kita perlu untuk menyayangi diri sendiri dulu'....Saya selalu cuba untuk memahami maksud disebalik kata-kata itu. Adakah itu bermakna kita mesti berkorban atau menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan orang-orang yang kita sayang? Mungkin...
Tidak mudah untuk menjadi seorang wanita di zaman moden ini. Kitalah wanita, isteri, ibu, pekerja etc..etc..sekurang-kurang empat jawatan tetap tadi tu, mesti ada la. Dari pengalaman diri sendiri, terkini mempunyai lima jawatan : wanita, isteri, ibu, pekerja, pelajar....fuh! Saya rasa agak penat. Sometimes saya tak ada masa untuk diri sendiri. Kadang-kadang, bila dapat luangkan sedikit masa untuk buat perkara-perkara yang saya suka, Saya rasa amat menghargai waktu-waktu itu....
Dalam keadaan sekarang yang berjauhan dengan suami, dan saya menjaga tiga orang anak yang masih tidak boleh menguruskan diri sendiri sepenuhnya...terasa beratnya cabaran yang ditanggung. Saya berharap saya dapat meneruskan perjuangan ini, demi untuk keluarga dan anak-anak yang masih jauh perjalanan mereka. Sebelum berpindah ke Kuantan, suami insist nak jaga anak-anak supaya saya dapat menumpukan sepenuh perhatian pada study. Tapi, bila saya berpindah ke sini tanpa anak-anak, saya cuma boleh bertahan selama sebulan sahaja. Hati saya sentiasa rindukan anak-anak, dan saya langsung tidak boleh concentrate dalam kerja-kerja saya. Finally, saya bawa kesemua anak-anak tinggal dengan saya, dan hati saya rasa tenang. Walau saya terasa kehidupan seharian amat memenatkan, tapi saya puas hati anak-anak menjalani kehidupan seharian bersama saya...mungkin ini adalah naluri seorang ibu, seorang ibu sanggup buat apa saja untuk anak-anak....oleh kerana saya amat menyayangi mereka, saya akan pastikan saya sentiasa menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi meneruskan tugas sebagai ibu, isteri, pekerja, pelajar...dan wanita .
Sebagai seorang isteri, walau saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya seperti dulu, dari jauh saya tetap akan menjadi pemberi semangat kepada suami dalam meneruskan perjuangan.Semasa saya bersetuju untuk menerima suami sebagai teman hidup, saya sedar siapa dirinya. Saya sedar saya akan menjadi isteri seorang pejuang Islam sejati, dan saya sedar suami saya tidak akan ada banyak masa untuk bersantai-santai dirumah bersama saya (dan anak-anak), tapi saya redha....Janji Allah itu benar... sesungguhnya menjadi isteri seorang pejuang itu tidak semudah disangka. Banyak pengorbanan yang kena dilakukan.

Monday, April 28, 2008

Paip Pecah?

Salaam.....

Rasa macam dah lama betul tak masuk blog. Miss pulak rasanya. Busy memanjang...or may be saja buat2 busy....I don't know ....
Sekarang cuti semester, students cuti, so we have more time for ourselves. anything yang pending before, sekarang boleh proceed. tapi still tak cukup masa, entah bila nak cukup masa.
I have found new interest lately, feel like doing something on GIS in Public health. Tapi GIS need time to learn. Mengingatkan bab2 ni, I remember a friend yang jadi lecturer GIS kat USM. rasanya kena pergi berguru dengan dia dulu.
Hari ni, paip kat rumah pulak pecah...time macam ni, husband tak de kat rumah, rasa pressure yang amat. nak kena panggil plumber la...etc..etc...boring nya. kalau le dulu belajar bab2 pasang paip ni...senang le sikit. That's why rasanya, kena ada certain skills yang tak belajar kat universiti tetapi diperlukan dalam kehidupan seharian.....contoh? banyak tak terkira, sendiri mau tau apa nak belajar...