Saturday, September 6, 2008

Ramadhan yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum...lama betul dah tak masuk blog. Dah 2-3 bulan sibuk kehulu kehilir mencari 'subjects'...at last, dapat rehat di bulan Ramadhan yang mulia ini...
program dengan Petronas last 2 months ..memberi banyak pengalaman pahit dan manis. tapi yang penting, penglibatan dengan orang-orang dunia korporat ni memberi banyak pengalaman dan mengajar saya lebih yakin dengan diri, terutama cara untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah mereka......
Ramadhan tahun ini sangat bermakna buat saya. Kali pertama setelah beberapa tahun tak dapat berpuasa dengan suami sepenuhnya...tahun ini suami ada di sisi kami...lebih-lebih lagi, sekarang kami dah berpindah duduk dekat dengan masjid, lebih kurang 100 mtr sahaja...seronok betul. especially anak2 , for the first time dalam hidup mereka, dapat pergi terawih kat masjid...seronok tak terkira. Saya juga rasa lebih tenang Ramadhan tahun ini, mungkin kerana sebelum puasa datang, saya dah siapkan apa yang perlu, so that boleh lebih fokus tahun ini....
Yang paling seronok, sebulan sebelum ramadhan, saya dapat berhubung balik dengan secara tak sengaja dengan seorang sahabat lama, yang memang dah lama saya cari-cari selama 10 tahun...rindu yang terpendam terubat akhirnya. Walaupun dia tak menetap di Malaysia, saya puas hati dapat berhubung melalui email...dapat berkongsi cerita dan idea.......sesungguhnya sukar untuk mencari sahabat sejati, yang sanggup berada disisi kita ketika senang atau susah.
Di bulan ramadhan ini juga, mengingatkan saya kepada zaman persekolahan dulu....puasa di hostel...seronok betul..biasala di sekolah, segala teratur, dari pagi sampai malam...lepas sekolah pagi, rehat sekejap, lepas tu tadarus, terus solat Asar..lepas tu terus ke prep class sampai dekat waktu berbuka. malam, solat maghrib ramai2 terus dengan Isyak dan terawih....bulan puasa biasanya memang sangat seronok, tak de masa nak buang masa.. sekarang bila dah bekerja, terasa sukar yang amat untuk mendapat peluang sebegitu....terasa rindu zaman pengajian dulu...