Tuesday, August 28, 2007

Berpijak di bumi yang nyata!

Salam.
Sesungguhnya, ramai orang yang sanggup meletakkan kebenaran dan kepentingan Islam itu sendiri ke tepi kerana 'dunia'. Ramai yang sanggup menutup mata, memekakkan telinga dan membisukan suara melihat kemungkaran didepan mata kerana pangkat! Ramai yang mengaku taat pada Islam, 'Saya beriman'.....tapi sanggup bertindak di luar batas agama dan peri kemanusiaan kerana pangkat!

Pelajar Universiti selalunya adalah golongan yang cepat sedar dengan peredaran dunia sekeliling mereka, dan sangat peka dengan persekitaran. Di Universiti, ramai pelajar yang merelakan diri menjadi aktivis2 yang berbagai 'bidang' .....sanggup turun padang dalam situasi yang pelbagai.

What happened when they go out to the real world? Ramai yang kecundang di tengah jalan...sebab?
1) Bangun pagi bergegas ke tempat kerja
2) Waktu kerja sangat padat
3) Lepas kerja, terus balik rumah, tak sabar nak jumpa anak dan isteri/suami
4) Malam, rehat di rumah selepas penat kerja sepanjang hari...tengok TV etc..etc...
5) Tidur nyenyak

Bila masa nak berjuang? tak ada...sebab kalau nak keluar malam ada masalah:
1) Isteri berleter....keluar malam tak ada faedah, lebih baik duduk rumah dengan anak isteri.
2) Diri sendiri...malas. Buat apa nak penat2 buat kerja lain, aku dah penat kerja satu hari. Tengok isteri dan anak2 lebih baik dari berjuang. lagipun bukan ke ada orang lain yang buat kerja2 perjuangan islam ni?
3) takut hilang kerja....??? (siapa yang bagi rezeki ni?)

Finally....it becomes routine. Kerja > balik > Tidur > kerja...............sampai bila?
Ramai yang dulu2 masa pelajar universiti 'hebat' dan 'berkarisma' tapi bila dah kerja dan berumahtangga....kecundang tengah jalan. Yang lelaki, tak sanggup nak teruskan kerana lebih sayangkan anak isteri dari? entah....

Ingatlah, perjuangan untuk Islam tak akan mati sampai bila2. Bagi muslimin sejati, ingatlah bahawa anak dan isteri adalah harta dunia yang merupakan dugaan untuk melihat siapa yang betul2 ikhlas dalam perjuangan. Buat muslimat, ingat jangan jadi penghalang kepada perjuangan suami, ikhlas dan redha...InsyaAllah pahala yang dapat adalah sama dengan orang2 yang turun berperang ke jalan Allah. InsyaAllah.....

Monday, August 27, 2007

Ramadhan is coming

Assalamualaikum w.b.t.
It's been quite sometimes since I have the chance to write. I have been very busy with the students and my own research project. Life is quite hactic, but I am enjoying myself.
Ramadhan this year, it is almost time. I am looking forward for this year's 'barakah' month. Hopefully this year, i will be able to 'fully enjoy' the month, and will be able to do things that were not fulfilled last ramadhan. Hopefully also this year those two boys at home will be able to fast....slow and steady learning process....

Ramadhan, bila mula sahaja....most housewives sibuk dengan: 1) baju baru 2) langsir baru 3) kuih raya etc...etc...Don't know why? kenapa la tak sibuk dengan nak habiskan Al-quran, solat tarawikh, solat sunat malam...etc...etc... macam satu trend. I wonder why some people sanggup berhabis duit beli semua baru ( even kereta pun ada yang tukar time dekat2 raya)...tak sayang ke duit membazir saja-saja. I think since I got married to my husband 10 years ago, berapa kali tukar langsir ye? itupun sebab pindah rumah and langsir tu memang tak fit untuk rumah baru. if not mistaken, we only have change the langsir for 3 times, sebab rumah baru, tingkap nya would be different. Biasanya, langsir basuh, and pasang balik. kalau nak tukar pun, at least tunggu la 2-3 tahun (I think), because nak tukar every year....membazir namanya tu....kalau nak cerita banyak betul orang2 kita membazir...even pembaziran masa untuk perkara sia2.

One more thing....kaki tidur. Kalau bulan tak puasa pun kuat tidur (siang n malam) ini kalau bulan puasa...memang tidur laaa..memang ada orang kata, lebih baik tidur dari buat 'ketupat'...tapi kan ke lebih baik buat ibadat (yang termampu)...dari tidur! it's up to us anyway, masing2 dah akil baligh!

I still remember my first fasting month with my husband, ala kadar je. Since we got married when we were still undergrad students in USM, so memang kena berjimat banyak...still remember that year we do not even have one baju raya pun...tak mampu nak beli. Tapi semua tu tak penting, sebab keberkatan Ramadhan dan syawal tu dah cukup menggembirakan. Tapi sampai sekarang, still we do not waste our money on 'over' preparation, anak2 tak diajar hidup terlalu bermewah..semuanya kena sederhana saja. Alhamdulillah, berkat ajaran, anak2 pandai berjimat and tak pandai meminta2...apa yang kami beri, itu yang mereka terima.

I came from a poor family. Dari sekolah rendah sampai ke University, belajar atas biasiswa yang diberi. Masa kat University, i still have to work part time (mengajar tuition dari rumah ke rumah) untuk tampung pengajian...masa sekolah menengah, Still remember, tak pernah beli makan di kantin sebab takut duit tak cukup. makan di hostel saja....itupun sebab duit scholarship bayar. I don't want my kids to have the life as I had been through...

Bila Ramadhan datang, the memories will always remind me to spend money appropriately, jangan membazir...bukan senang nak cari rezeki. Yang penting...Ramadhan, kita sambut dengan hati yang gembira...dan kita tangisi bila ia dah pergi....takut2 ini Ramadhan terakhir buat kita.........Semoga Allah memanjangkan umur kita supaya kita dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan tahun depan....supaya kita dapat mencari lagi keberkatan yang tersirat....
wallahualam........Selamat berpuasa dengan penuh keinsafan dan carilah sebanyak mana keberkatan yang boleh diperolehi untuk bekal ke 'sana'..